Selamat bertemu kembali di siri ke 4 MJBP.

Kelab Berbasikal GTB bersama-sama Politeknik Balik Pulau sekali lagi akan menganjurkan MTB Jamboree Balik Pulau 2017 untuk peminat-peminat sukan berbasikal MTB dengan kerjasama dari penganjur-penganjur besar yang tidak asing lagi. Dengan bentuk muka bumi di kawasan Balik Pulau yang akan menjanjikan kepuasan berbasikal MTB ini, kami akan memperkenalkan laluan trek yang baharu dan lebih mencabar dari tahun-tahun yang lalu.

Bertempat di Politeknik Balik Pulau pada 11 Mac 2017, MJBP17 akan merangkumi anggaran jarak laluan sejauh 45km dan kategori-kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

1. Junior Lelaki (Umur 17 tahun ke bawah)

2. Terbuka Lelaki (Umur 18 tahun sehingga umur 34 tahun)
3. Senior Lelaki (Umur 35 tahun sehingga umur 44 tahun)
4. Veteran Lelaki (Umur 45 Tahun ke atas)

5. Politeknik Lelaki
6. Politeknik Wanita
7.Terbuka Wanita

Untuk menaiktarafkan MJBP17 kali ini, jumlah peserta akan dihadkan seramai 1500 orang sahaja. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan berlakunya masalah semasa pendaftaran dan pemberian goodies. Ia juga dapat mengurangkan kesesakan di dalam trek dan juga kerosakan denai-denai.
Peserta yang mendaftar akan memperolehi:

1. Jersey Ciclista
2. Medal 

4. Makan Tengahari 
5. Cabutan Bertuah

Cabutan bertuah akan diadakan pada waktu makan tengahari. Hadiah-hadiah cabutan bertuah kali ini bernilai lebih daripada RM30,000.00.


Hadiah wang tunai dan trofi akan diberikan kepada 5 peserta terawal yang berjaya menamatkan kayuhan bagi setiap kategori. Jumlah hadiah wang tunai keseluruhan adalah RM10,000.00.


Perlepasan jamboree adalah pada pukul 8:00 pagi.

Sila layari facebook MJBP17 di : MTB Jamboree Balik Pulau 2017


YURAN PENDAFTARAN :

1. EARLY BIRD RM90.00 - 10 Oktober 2016 hingga 30 November 2016
2. RM100.00 - 1 Disember 2016 hingga 31 Januari 2017
 

PENDAFTARAN AKAN DIBUKA PADA 10 OKTOBER 2016 HINGGA 31 JSNUARI 2017 ATAU APABILA JUMLAH PESERTA TELAH MENCECAH 1500 ORANG


www.sports360.my